How To Make JARIAH Online is showing you how ANYONE can make JARIAH online any where and every where even working from home. Anyone can make extra JARIAH Online.
Welcome To
| ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Wednesday, 23 November 2011
Doa Memohon Keampunan Dan Keredhaan ALLAH SWT
Tuesday, 22 November 2011
Bagaimanakah Cara ISTERI Tegur SUAMI Dalam Solat? - Ustaz Azhar Idrus
Daripada Abdullah bin Amr r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً" Maksudnya "SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT" (HR. Imam Bukhari)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:
Friday, 28 October 2011
Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Oleh Ibu dan Bapa/Penjaga - Review
Ibu Bapa boleh menjimatkan masa dengan wujudnya Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini. Semuanya di hujung jari Ibu Bapa bagi mengetahui prestasi perkembangan akademik semasa anak-anak mereka.
Untuk menggunakan Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini.
1) Sila klik menu SEMAKAN IBU BAPA di sebelah kiri.
2) Masukkan Nombor KP/SIJIL LAHIR
3) Pilih SEKOLAH dan
4) Klik SEMAK LAPORAN.
Diharapkan Ibu Bapa/Penjaga dapat memanfaatkan kemudahan Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Oleh Ibu dan Bapa/Penjaga ini.
Monday, 24 October 2011
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) - Review
Guru Kelas
Monday, 17 October 2011
Informasi Ibadah Haji - Informasi Fiqah
- Ibadah Haji merupakan salah satu perintah Allah yang harus dikerjakan bagi sesiapa yang mampu sekali seumur hidup.
- Ibadah Haji juga merupakan salah satu cabang jihad pada jalan Allah (jihad fi sabillah).
- Ibadah Haji dapat menghapuskan dosa-dosa.
- Bagi Ibadah Haji yang mabrur, Allah janjikan syurga sebagai ganjarannya.
- Bagi sesiapa yang mengeluarkan belanja wang ringgit untuk tujuan mengerjakan Ibadah Haji, ganjarannya serupa dengan infak fi sabillah
- Islam
- Merdeka
- Mukalaf
- Berkuasa atau mampu:
Tuesday, 4 October 2011
Download Kuliah Agama Dan Tafsir Al-Quran | Ceramah Ustaz Zahazan Mohamed | Surah Ar-Rahman
001. Kuliah 23 Mac 2006
Bahagian 1
002. Kuliah 24 Mac 2006
Bahagian 2
003. Kuliah 27 Mac 2006
Bahagian 3
004. Kuliah 29 Mac 2006
Bahagian 4
005. Kuliah 30 Mac 2006
Bahagian 5
006. Kuliah 31 Mac 2006
Bahagian 6
007. Kuliah 03 April 2006
Bahagian 7
008. Kuliah 04 April 2006
Bahagian 8
009. Kuliah 05 April 2006
Bahagian 9
010. Kuliah 06 April 2006
Bahagian 10
011. Kuliah 11 April 2006
Bahagian 11
012. Kuliah 12 April 2006
Bahagian 12
013. Kuliah 13 April 2006
Bahagian 13
014. Kuliah 14 April 2006
Bahagian 14
015. Kuliah 17 April 2006
Bahagian 15
016. Kuliah 18 April 2006
Bahagian 16
017. Kuliah 19 April 2006
Bahagian 17
018. Kuliah 20 April 2006
Bahagian 18
019. Kuliah 21 April 2006
Bahagian 19
020. Kuliah 25 April 2006
Bahagian 20
021. Kuliah 26 April 2006
Bahagian 21
022. Kuliah 27 April 2006
Bahagian 22
023. Kuliah 28 April 2006
Bahagian 23
024. Kuliah 01 Mei 2006
Bahagian 24
Thursday, 29 September 2011
Orang Yang Pura-pura Dapat Hidayah - Ustaz Hafizal Al-Jaraqi
~ Quran akan pecahkan manusia kepada 2 kelompok
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:
Monday, 26 September 2011
Adakah Boleh Dibuat Aqiqah Dan Qurban Sekaligus? | Apakah Perbezaan Antara Qurban Nazar Dan Qurban Wajib? - Ustaz Azhar Idrus
Daripada Abdullah bin Amr r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً" Maksudnya "SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT" (HR. Imam Bukhari)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sunday, 25 September 2011
Al-Quran Kelebihan Dan Keajaiban
Membaca Al-Quran walaupun tanpa memahami maknanya merupakan ibadah yang Allah janjikan ganjaran besar yang lumayan melebihi lumayannya wang ringgit. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yangg membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya satu kebaikan. Dan setiap kebaikan akan diganjarkan Allah dengan 10 kali ganda." (Riwayat Al-Tirmizi)
Tambah menariknya ganjaran ini bukan hanya kepada orang yang mahir membaca Al-Quran. Malah orang yang tidak lancar membca pun akan mendapat pahala itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang mahir membaca Al-Quran, ia akan bersama para malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya tersekat-sekat kerana ada kesusahan dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua pahala." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sayidinia Uthman Ibnu Affan berkata: "Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada membaca Al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf Al-Quran padanya." (Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman). Imam al-Baihaqi berkata selepas meriwayatkan ucapan ini:"Apabila Uthman wafat, mashafnya telah rosak kerana terlalu kerap dibaca"
Sebagai contoh dan dorongan kepada kita, Imam al-Syafi'i (w.204H). Rabi' bin Sulaiman bercerita: "Al- Syafi'i mengkhatamkan al-Quran pada bulan Ramadan sebanyak 60 kali. Pada bulan yang lain sebanyak 30 kali."
Marilah kita tanya hati kita, tergerakkah kita untuk meniru cara para ulama dalam memartabatkan Al-Quran.
Sumber dipetik daripada Ustaz Muhammad Noor. Solusi.
Friday, 23 September 2011
Permainan-Permainan Yang Menghina Islam

1) Devil May Cry 3
KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.



Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".


2) Clive Barker Undying

Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.


Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.
Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.
Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.
Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.
3) Zack And Wiki

Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?
Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.
Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.
The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.
A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."
"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.
4) Prince Of Persia

Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)
Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.
5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".
6) Stronghold Crusader

Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.
7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia
Ada 2 kemungkinan di sini.
a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.
b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:

Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:
Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?
8) Resident Evil 4

Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.



Zoom pada pintu tersebut
Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut
Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.
Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.
Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.
Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.
sumber wacana : gempak.org
Jalan Kemulian Ahli Sufi
Dalam kitab karangan ulama’ Sufi Syaikh Abd al-Shamad al-Jawi al-Falimbani
yang bertajuk ‘Jalan Kemuliaan Ahli Sufi’ telah diriwayatkan
sebuah hadis oleh Anas r.a :
Telah bersabda Rasulullah SAW “Apabila seorang hamba melakukan dosa,
maka dituliskan atasnya.”
Maka bertanya seorang Arab Badwi : “Jika dia taubat..?”
Maka Rasulullah SAW menjawab: “Jika dia taubat dihapuskan dosa itu daripadanya.”
Badwi itu bertanya lagi: “Jika dia mengulanginya..?”
Rasulullah SAW menjawab: “Dituliskan pula atasnya.”
Badwi itu bertanya lagi: “Sampai bila..?
Rasulullah SAW menjawab: “Sehingga dia mengucapkan istighfar
dan bertaubat kepada Allah Taala daripada dosa-dosanya.
Sesungguhnya Allah Taala tidak pernah bosan mengampuni hamba-Nya
hinggalah hamba-Nya itu bosan memohon keampunan daripada-Nya.
Apabila seorang hamba bercita-cita hendak melakukan kebaikan,
maka malaikat yang di sebelah kanannya akan menuliskan baginya satu kebaikan,
dan jika dia mengerjakan kebaikan itu , maka dituliskan pula baginya sepuluh kebajikan ,
yang kemudiannya digandakan lagi menjadi tujuh ratus kali ganda oleh Allah Taala.
Sebaliknya, seorang hamba yang bercita-cita hendak melakukan kejahatan,
maka tidak dituliskan lagi baginya satu kejahatan. Jika dia telah melakukannya,
maka barulah dituliskan baginya satu kejahatan dan disebaliknya itu
masih terbentang sebaik-baik kemaafan daripada Allah ‘Azza wa Jalla.”
Allahu Akbar
Kisah Dan Teladan
Kesombongan batin adalah perangai dalam jiwa, manakala kesombongan zahir adalah melalui perbuatan lahiriah dari anggota badan. Sebagai contoh; jika berkedudukan tinggi di banding orang lain, ia merendah-rendahkan orang di bawahnya,menjauhinya dan tidak mau duduk atau makan bersama. Kesombongan inilah yang menjadi penghalang manusia untuk masuk ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW: “Tidak akan masuk syurga bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada kesombongan sebesar zarrah.”
Renungan Bersama
Thursday, 8 September 2011
Info Mengenai Zakat Emas Dan Perak
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi 'uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas nilai emas yang dipakai. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.
Sekadar renungan bersama:
Begitu juga dengan Hadis sahih Nabi Muhammad S.A.W. riwayat daripada Muslim yang bermaksud:
"Tidak ada seorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan ke lambung, dahi dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.”
(Riwayat Muslim)