Welcome To

How To Make JARIAH Online. This site provides education information also tips and techniques for beginning bloggers in order to make JARIAH online.
Custom Search

Sunday, 25 September 2011

Al-Quran Kelebihan Dan Keajaiban



Al-Quran ialah kitab yang diturunkan Allah kepada Rasulillah Muhammad SAW dengan penuh kemuliaan dan keajaiban. Tiada sebarang kitab dan ucapan manusia mampu menandingi kehebatan Al-Quran. Ia merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan sebagai petunjuk dan penyelamat manusia dari kesesatan.

Membaca Al-Quran walaupun tanpa memahami maknanya merupakan ibadah yang Allah janjikan ganjaran besar yang lumayan melebihi lumayannya wang ringgit. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yangg membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya satu kebaikan. Dan setiap kebaikan akan diganjarkan Allah dengan 10 kali ganda." (Riwayat Al-Tirmizi)

Tambah menariknya ganjaran ini bukan hanya kepada orang yang mahir membaca Al-Quran. Malah orang yang tidak lancar membca pun akan mendapat pahala itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang mahir membaca Al-Quran, ia akan bersama para malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya tersekat-sekat kerana ada kesusahan dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua pahala." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sayidinia Uthman Ibnu Affan berkata: "Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada membaca Al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf Al-Quran padanya." (Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman). Imam al-Baihaqi berkata selepas meriwayatkan ucapan ini:"Apabila Uthman wafat, mashafnya telah rosak kerana terlalu kerap dibaca"

Sebagai contoh dan dorongan kepada kita, Imam al-Syafi'i (w.204H). Rabi' bin Sulaiman bercerita: "Al- Syafi'i mengkhatamkan al-Quran pada bulan Ramadan sebanyak 60 kali. Pada bulan yang lain sebanyak 30 kali."

Marilah kita tanya hati kita, tergerakkah kita untuk meniru cara para ulama dalam memartabatkan Al-Quran.

Sumber dipetik daripada Ustaz Muhammad Noor. Solusi.

Hadis Muslim

Add to Technorati Favorites

Panduan Destinasi