Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang bertujuan menghimpunkan data dan akademik murid dengan lebih teratur dan berkesan. Sebelum sistem ini diperkenalkan, KPM menggunakan kaedah mengumpul secara manual melalui sistem SAPR.
Walau bagaimanapun Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini masih terlalu awal untuk kita perkatakan. Ianya masih di dalam proses pembaikan demi pembaikan dan mengalami meningkatkan kualiti di dalam talian. Bagi warga pendidik sewajarnya memanfaatkan secara maksimum Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini.
Berikut ialah cara-cara atau panduan secara ringkas untuk menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Guru Kelas
1. Log on Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
2. Akses Kod : Nama Penuh Dalam Huruf Besar
Kata Laluan : 123
Tekan butang Login
3. Pilih jenis ujian (Contoh UJIAN 1), tekan Masuk
4. Pada MENU GURU KELAS
Tekan ‘Murid’
‘Kemaskini Murid’ : untuk kemaskini biodata murid, murid pindah kelas dan murid pindah sekolah (PERINGATAN: jangan HAPUSkan murid)
‘Kemaskini NoKp Murid’ : untuk membetulkan no KP murid
‘Tambah Murid’ : isikan maklumat murid baru
‘Daftar Murid Pindah’ : sekiranya terdapat murid yang pindah ke sekolah kita
‘Label Murid’ : pilih LABEL MURID dan BIASISWA
‘Naik Kelas’ : diisi sebelum sesi pelajaran yang baru, selepas selesai memproses PAT
5. Tekan ‘Peperiksaan’
‘Semak Key-In Markah’ : untuk semak markah murid yang telah dan belum diisi oleh guru subjek
‘Lembaran Markah’ : markah semua mata pelajaran murid
‘Analisis Pencapaian Murid’ : untuk semak pencapaian murid
‘Analisis Mata Pelajaran’ : untuk semak analisis MP
‘Slip Keputusan’ : untuk mencetak slip murid
Guru Mata Pelajaran/Subjek
1. Ikut langkah 1 hingga 3 di atas
2. Tekan MENU GURU MP
‘Daftar MP’ : Pilih Tingkatan, Kelas, Mata Pelajaran, masukkan Bil Murid Ambil dan tekan butang Hantar.
Ulang sehingga habis daftar semua tingkatan, kelas dan mata pelajaran yang diajar.
Sekiranya ingin edit bilangan murid, tekan pada paparan Klik disini untuk edit bilangan murid setiap subjek di bawah jadual pada muka surat yang sama.
‘Kemaskini MP’ : Untuk tukar kelas dan mata pelajaran yang diajar (Contoh: Ujian 1 mengajar BM 1A tetapi PPT tidak ajar lagi)
‘Markah Peperiksaan’ : Tekan pada subjek dan isikan markah (PERINGATAN: JANGAN TEKAN ENTER, gunakan mouse atau tab sahaja)
Ulang langkah yang sama untuk kelas seterusnya.
‘Markah TOV/ETR’ : Isikan TOV dan Sasaran
‘Tukar Katalaluan’ : Isikan sekiranya ingin tukar kata laluan.
· Sila patuhi tarikh yang dimintakan oleh pihak KPM untuk pengisian markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah bagi setiap ujian dan peperiksaan.