Welcome To

How To Make JARIAH Online. This site provides education information also tips and techniques for beginning bloggers in order to make JARIAH online.
Custom Search

Wednesday, 24 October 2012

Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPPBS Lembaga Peperiksaan Malaysia


Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPPBS Lembaga Peperiksaan Malaysia


Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPPBS lebih dikenali dengan SPPBS merupakan sistem pentaksiran yang dibuat LPM Lembaga Peperiksaan bagi memudahkan kemaskini serta memasukkan data prestasi murid berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Sistem ini dibangunkan secara online boleh dicapai dimana sahaja lokasi mempunyai talian internet.

Sistem SPPBS ini adalah sistem berpusat bagi memudahkan urusan pentaksiran pelajar dan kemaskini dan memasukkan data prestasi pelajar yang mana ia boleh diakses secara online dan lebih sistematik. Apa sahaja bekenaan peperiksaan serta pentaksiran peperiksaan boleh terus diakses oleh setiusaha peperiksaan, guru matapelajaran, JPN, PPD  termasuk hal-hal berkaitan pendaftaran matapelajaran serta prestasi murid tersebut boleh disemak melalui SPPBS.

Pendek kata dalam SPPBS ini, segala berkaitan maklumat diri, termasuk kelas semasa atau sebelum ini termasuk juga sejarah prestasi seorang pelajar/murid dapat disimpan untuk rujukan serta di cetak apabila ia sempurna untuk masa depan nanti melalui SPPBS.

Untuk kajian dan perbandingan prestasi, statistik juga disediakan dalam SPPBS ini bagi mempermudahkan proses menambahbaik prestasi untuk akan datang dalam apa jua termasuk prestasi gred ataupun prestasi matapelajaran semasa.

Akses SPPBS Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SPPBS boleh dicapai menerusi http://apps.moe.gov.my/sppbs. Keperluan perisian untuk mencapai sistem SPPBS adalah:
Pelayan web contoh yang boleh digunakan ialah
  • Internet Explorer versi 7.0 ke atas
  • Mozilla Firefox

Adobe Acrobat Reader (PDF Reader)

Manual Penggunaan SPPBS

Untuk kemudahan pengguna SPPBS, manual penggunaan juga disediakan yang mana ia boleh dimuat turun seperti di bawah:

SENARAI MANUAL PENGGUNA SPPBS

TAJUK__FORMAT PDF__ FORMAT ZIP
MANUAL PENGGUNA SETIAUSAHA PEPERIKSAANMUAT TURUNMUAT TURUN
MANUAL PENGGUNA GURU MATA PELAJARANMUAT TURUNMUAT TURUN
MANUAL PENGUNA GURU BESAR/PENOLONGMUAT TURUNMUAT TURUN
MANUAL PENGUNA GURU BESAR/PENOLONG SEBAGAI GURU MATA PELAJARANMUAT TURUNMUAT TURUN
Sistem ini merupakan sistem yang agak baru, walaupun tujuannya adalah baik dan bermatlamat memberikan kemudahan, sistem SPPBS ini masih mempunyai kelemahan seperti kadangkala ia mengalami masalah untuk diakses. Ia mungkin disebabkan banyak data yang dimasukkan serta kadangkala ia mengalami masalah akses. Namun demikian, penambahbaikan terus dilaksanakan dan sebarang masalah boleh terus menghubungi meja bantuan di :

Meja Bantuan SPPBS :



Hadis Muslim

Blog Archive

Add to Technorati Favorites

Panduan Destinasi