Welcome To

How To Make JARIAH Online. This site provides education information also tips and techniques for beginning bloggers in order to make JARIAH online.
Custom Search

Tuesday, 22 May 2012

Hukum Wuduk SIDEBURN Panjang - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Wuduk SIDEBURN Panjang - Ustaz Azhar Idrus





Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: 
      "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"

Penerangan | Penjelasan Dan Hukum Kahwinkan Anak Awal - Ustaz Azhar Idrus

Penerangan | Penjelasan Dan Hukum Kahwinkan Anak Awal - Ustaz Azhar Idrus





Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: 
      "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"

Semakan e-Penyata Gaji dan Laporan Kakitangan Awam Secara Online | Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Semakan e-Penyata Gaji dan Laporan Kakitangan Awam Secara Online | Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Jabatan Akauntan Negara JANM telah memudahkan urusan semakan penyata gaji bagi kakitangan kerajaan dengan menyediakan semakan dan muat turun slip/penyata gaji secara online di Jabatan Akauntan Negara JANM. Kemudahan ini banyak kelebihannya sehingga mampu menjimatkan kos masa dan yang paling penting mengurangkan penggunaan orang tengah untuk menyampaikan sesuatu maklumat sehinggakan kadangkala mungkin mengalami masalah hilang, lambat atau tercicir.




Semakan e-Penyata Gaji dan Laporan kakitangan awam boleh dibuat di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara  JANM seperti di bawah:

Semakan e-Penyata Gaji dan Laporan Kakitangan Awam Secara Online



Langkah-Langkah Menggunakan Aplikasi Semakan e-Penyata Gaji  Jabatan Akauntan Negara JANM:

Mendaftar Terlebih Dahulu:



  • Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
  • Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke Jabatan Akauntan Negara JANM.
  • Klik pada paparan e-penyata gaji untuk ke halaman login.
  • Sila klik “ pertama kali mendaftar "
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Selesai


  • Login untuk semakan selepas mendaftar / Cara Semak Penyata Gaji

    Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.



  • Pergi ke Semakan e-Penyata Gaji JANM atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia 
  • Klik pada paparan ‘ e-penyata gaji ' untuk ke halaman login.
  • Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  • Klik “ Daftar masuk “
  • Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
  • Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
  • Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
  • Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
  • Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
  • Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
  • Selesai, semoga berjaya.


  • Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan rujuk manual penuh penggunaan yang disediakan oleh Jabatan Akautan Negara KLIK SINI 




    Monday, 21 May 2012

    Hukum Lelaki Pakai Gelang Dan Rantai - Ustaz Azhar Idrus

    Hukum Lelaki Solat Pakai Gelang Dan Rantai - Ustaz Azhar Idrus






    Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: 
          "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"

    Tuesday, 15 May 2012

    Siratul Mustaqim

    SIRATUL MUSTAQIM


    Al Shirath (Bahasa Arab الصراط) adalah jambatan/titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri. Setelah melewati masa di Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan shirath bagi mereka di atas Jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan bergantung dengan kadar keimanan mereka. Orang yang pertama kali melewatinya adalah Nabi Muhammad S.A.W., kemudian  Nabi Muhammad S.A.W. berdiri di tepi shirath seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan!” Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah S.W.T. dengan kesyirikan besar dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.


    Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembah berhalaatheis dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu Jahannam bagi mereka.

    Sesuai dengan surah Az Zumar: 71,



    Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya.(Az Zumar): 71)



    dan Surat Al Hijr: 44,



    Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka. (Al Hijr: 44)"

    Wujud Shirath

    Jambatan yang menghubungkan  Mahsyar  dengan Syurga, menurut keterangan sahabat Abu Said, "Jambatan ini lebih kecil dari rambut dan lebih tajam dari pedang."   Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menciptakan Shirath yang berada diatas neraka, iaitu jambatan yang terletak di tengah-tengah neraka Jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. 


    Jambatan ini juga mempunyai 7 gardu (pos), yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun.

    • 1000 tahun berupa tanjakan yang tinggi,
    • 1000 tahun berupa dataran, 
    • 1000 tahun berupa lereng yang curam. 
    Dia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam dari pada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang hujungnya sangat tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah S.W.T.

    Pertanyaan di setiap pos
    Selama perjalanan di shirath, setiap seorang hamba akan ditanyakan tentang apa saja yang telah ia kerjakan selama hidupnya. Pertanyaan disetiap pos adalah sebagai berikut:


    1. Pos pertama iman,

    2. Pos kedua sholat,

    3. Pos ketiga zakat,

    4. Pos keempat puasa,

    5. Pos kelima haji dan umroh,

    6. Pos keenam wudhu' dan mandi junub,
    7. Pos ketujuh tentang sikap terhadap kedua orang tua, menyambung tali persaudaraan dan penganiayaan terhadap sesama makhluk hidup.

    Jika seorang hamba lolos dari semua pertanyaan-pertanyaan ini, maka tetaplah ia pada pos dan jika tidak, maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka.

    Dalam suatu riwayat diceritakan: Sesungguhnya ketika manusia melewati jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada di atas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka.  Allah S.W.T.  berfirman dalam Surah Maryam:


    Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut." (Qs. Maryam 71-72).


    Sedangkan api neraka itu selalu memakan tubuhnya, mulai dari kulit sampai dagingnya, sehingga orang yang lewat diatas jembatan itu bagaikan arang yang hitam, kecuali orang-orang yang selamat dari api neraka. Sebagian mereka ada yang melewati neraka tanpa disertai rasa takut terhadap apapun dari kesulitan dan tidak pula merasakan panasnya, hingga ia berkata pada akhir perjalanannya: "Di manakah jembatan itu ?" Lalu dikatakan kepadanya: "Telah engkau lalui jambatan itu tanpa kesusahan berkat rahmat  Allah S.W.T. "

    Sepuluh kumpulan manusia di Shirath

    Manusia yang pertama kali menginjakkan kakinya di Shirath adalah  Nabi Muhammad S.A.W., dia akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya. Kumpulannya terbagi menjadi 10 bagian, yaitu:

    1. Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.


    2. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.


    3. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.


    4. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.


    5. Kumpulan yang kelima berlari.


    6. Kumpulan keenam berjalan.

    7. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.  Nabi Muhammad S.A.W. berhenti di atas Shirath. Setiap kali,  Nabi Muhammad S.A.W. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Shirath, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

    8. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai  Nabi Muhammad S.A.W.!"  Nabi Muhammad S.A.W. kemudian berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"!

    Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Shirath, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

    Dikatakan bahwa, di pintu surga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira hanya  Allah S.W.T.  saja yang mengetahui. Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka belum baligh (dewasa). Apabila mereka melihat orang tua mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki surga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.



    Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: 


          "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"


    Sumber dipetik dari  agamapenyelamatku.blogspot.com

    Monday, 14 May 2012

    Suasana Dan Keadaan Di Padang Mahsyar

    Suasana Dan Keadaan Di Padang Mahsyar


    Pengertian Mahsyar (Bahasa Arabمحشر) dalam Islam adalah tanah berpasir putih yang sangat luas dan datar, dimana tidak terlihat dataran rendah maupun tinggi di akhirat. Di Mahsyar inilah semua makhluk  Allah S.W.T. yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di padang mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia yang fana'. Menurut ajaran Islam, manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah S.W.T. adalah Nabi Muhammad S.A.W.


    Yaumul Ba'ats (Hari Kebangkitan):


    Keadaan manusia pada hari kebangkitan berbeza-beza sesuai dengan bekalan amal ibadahnya di dunia. Setelah fasa kebangkitan makhluk dari alam kubur, maka manusia dan makhluk lainnya akan memasuki fasa di Mahsyar, yang selanjutnya akan diberikan/ dihadapkan:


    1. Ita al-Kitab sebuah catatan amal masing-masing yang diberikan tiap-tiap makhluk,


    2. Mizan Kemudian akan dihadapkan sebuah neraca yang akan menimbang antara  pahala dan dosa setiap makhluk.


    3. Haudh (telaga) setiap nabi akan memiliki telaga ini. Menurut ajaran Islam, Nabi Muhammad S.A.W. memiliki telaga yang diberi nama Kautsar, namun hanyalah calon penduduk Syurga yang dapat merasakan lazatnya air itu.


    Selama hari yang sangat menyiksa itu, Nabi Muhammad S.A.W. akan memberikan pertologan untuk seluruh makhluk yang disebut sebagai Syafa'at UzmaNabi Muhammad S.A.W. akan memohon kepada  Allah S.W.T. supaya secepatnya diadakan hisab.


    Diriwayatkan daripada Hadis Sahih: Kiamat berlaku sebelum Mahsyar. Dimana apabila matahari yang bersinar saban hari akan padam sehingga bumi berada dalam kegelapan. Tatkala mereka dalam keadaan demikian, langit diatas mereka berputar-putar dan meledak pecah berkeping-keping selama 500 tahun sehingga langit terbelah dengan segala kekuatannya kemudian meleleh dan mengalir bagaikan perak yang dipanaskan hingga berwarna merah dan manusia bercampur baur seperti serangga yang bertebaran dalam keadaan telanjang kaki, tidak berpakaian dan berjalan kaki.

    Kemudian matahari diterbitkan oleh  Allah S.W.T., tepat diatas kepala dengan jarak hanya 2 busur, sehingga manusia terpanggang oleh teriknya matahari yang tahap kepanasannya telah dinaikkan dan keringat pun mengalir deras, menggenangi padang mahsyar seiring dengan rasa takut yang luar biasa karena mereka akan dihadirkan dihadapan  Allah S.W.T. 

    Kemudian keringat tersebut naik ke badan mereka, sesuai dengan tingkatan mereka dihadapan  Allah S.W.T. Bagi sebagian orang keringat akan menggenang mencapai lutut, bagi sebagian lain mencapai pinggang dan bagi sebagian lainnya mencapai lubang hidung bahkan ada sebagian manusia nyaris tenggelam di dalam Lautan Keringat.

    Umat Islam datang dalam berkelompok:

    Pada masa ini umat Islam datang secara berkelompok, berdasarkan surah An-Naba' ayat 18 dan hadits shahih. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, "Wahai Muadz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu yang sangat besar. Ada 12 kelompok umatku akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka semuanya itu  Allah S.W.T. Maha Kuasa tukarkan, tidak seperti mereka hidup ketika didunia." Golongan itu adalah seperti berikut:

    Kelompok Pertama:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan tanpa tangan dan berkaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia dulu suka mengganggu tetangganya.

    Kelompok Kedua:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan berupa babi hutan. Mereka adalah orang yang ketika hidupnya meringankan malas dan lalai dalam salat.

    Kelompok Ketiga:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan keldai, perut membesar seperti gunung dan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking. Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat.

    Kelompok Keempat:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan darah memancut keluar dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli.

    Kelompok Kelima:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan berbau busuk lebih daripada bangkai. Mereka ini adalah orang yang melakukan maksiat sembunyi-sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

    Kelompok Keenam:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan leher mereka terputus. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu.

    Kelompok Ketujuh:
    Dibangkitkan dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah serta darah. Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.

    Kelompok Kelapan:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan terbalik yaitu kepala kebawah dan kaki keatas, serta farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air. Mereka adalah orang yang berbuat zina dan mati tanpa sempat bertaubat.

    Kelompok Kesembilan:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah hitam gelap dan bermata biru serta perutnya dipenuhi api. Mereka itu adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara zalim.

    Kelompok Kesepuluh:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya.

    Kelompok Kesebelas:
    Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut. Perutnya pula menggelebeh hingga ke peha dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak.

    Kelompok kedua belas:
    Bahagialah mereka yang tergolong dalam golongan ini. Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah yang bersinar-sinar bercahaya laksana bulan purnama. Mereka melalui titian siratul mustaqim seperti kilat yang menyambar. Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik, selalu menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara salat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat dan mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan  Allah S.W.T. 

    Pada hari kebangkitan ini manusia akan dibangkitkan dalam 3 kelompok, yaitu:
    1) Kelompok yang berkenderaan,

    2) Kelompok yang berjalan kaki,
    3) Kelompok yang berjalan dengan wajahnya.

    Ada salah seorang sahabat yang menanyakan, bagaimana boleh sekelompok tersebut berjalan dengan wajahnya, kemudian Nabi Muhammad S.A.W. menjawab "Allah yg menjadikan mereka berjalan dengan kaki, pasti mampu membuat mereka berjalan dengan wajah."

    Barisan di Mahsyar
    Di padang mashyar nanti bendera-bendera dipasang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh:


    1. Bendera Liwaus Shidqi (Kebenaran) dikibarkan oleh Abu Bakar Al-Shiddiq bagi semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera tersebut.


    2. Bendera Fuwaha' untuk Mu'adz bin Jabal bagi semua orang yang alim fiqih akan berada dan berbaris di bawah bendera panji-panji ini.


    3. Bendera Zuhud untuk Abu Dzar Al-Ghiffari bagi semua manusia yang menjiwai dan membudi daya dengan zuhud akan berada di bawah bendera ini.



    4. Bendera Dermawan untuk Utsman bin Affan bagi para dermawan akan berada di bawahnya.

    5. Bendera Syuhada untuk Ali bin Abi Thalib bagi setiap orang yang mati syahid sama berbaris di bawah bendera ini.



    6. Bendera Qurra' untuk Ubay bin Ka'ab bagi para qari' sama berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

    7. Bendera Mu'adzin untuk Bilal bin Rabah bagi para mu'adzin akan berada pada barisan di bawah bendera ini.

    8. Bendera orang-orang yang dibunuh dengan aniaya untuk Husain bin Ali bagi orang-orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.

    Tujuh orang yang mendapatkan naungan

    Di Mahsyar dengan suhu yang sangat panas di hari hisab, tentulah para manusia menjadi bingung dan panik ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia akan berkata: "Ke mana tempat lari?".


    Dalam Al-Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana firman  Allah S.W.T. dalam surah Al-Qiyamah: 10-11:


    "Pada hari itu manusia berkata: "Kemana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" Tetapi dengan kehendak  Allah S.W.T. akan terdapat beberapa orang yang mendapatkan naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat  Allah S.W.T. dan naungannya. Ada tujuh orang yang akan mendapatkan naungan dari  Allah S.W.T. dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah:



    1. Penguasa/ pemimpin yang adil.


    2. Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah S.W.T.


    3. Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.

    4. Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana  Allah S.W.T., yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana  Allah S.W.T.

    5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada  Allah S.W.T.".

    6. Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu (ertinya dia bersedekah dan tidak menceritakan sedekahnya itu kepada orang lain).

    7. Seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, sehingga kedua matanya mencucurkan air mata."

    Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: 


          "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"


    Sumber dipetik dari  agamapenyelamatku.blogspot.com

    Hadis Muslim

    Add to Technorati Favorites

    Panduan Destinasi