Welcome To

How To Make JARIAH Online. This site provides education information also tips and techniques for beginning bloggers in order to make JARIAH online.
Custom Search

Friday, 28 October 2011

Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Oleh Ibu dan Bapa/Penjaga - Review

Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Oleh Ibu dan Bapa/Penjaga





Sukacita dimaklumkan Ibu dan Bapa/Penjaga bolehlah membuat semakan analisis pencapaian akademik anak-anak mereka melalui internet. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan urusan Ibu Bapa khususnya dalam mengikuti perkembangan semasa akademik anak-anak mereka.

Sebelum sistem Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Oleh Ibu dan Bapa/Penjaga diperkenalkan ibu bapa hanya boleh mengetahui keputusan melalui Laporan Buku Adab Belajar Atau Buku Rekod Pencapaian Pelajar.

Ibu Bapa boleh menjimatkan masa dengan wujudnya Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini. Semuanya di hujung jari Ibu Bapa bagi mengetahui prestasi perkembangan akademik semasa anak-anak mereka. 

Untuk menggunakan Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini.

1) Sila klik menu SEMAKAN IBU BAPA di sebelah kiri.
2) Masukkan Nombor KP/SIJIL LAHIR 
3) Pilih SEKOLAH dan
4) Klik SEMAK LAPORAN

Diharapkan Ibu Bapa/Penjaga dapat memanfaatkan kemudahan Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Oleh Ibu dan Bapa/Penjaga ini.


Monday, 24 October 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) - Review


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)



Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang bertujuan menghimpunkan data dan akademik murid dengan lebih teratur dan berkesan. Sebelum sistem ini diperkenalkan, KPM menggunakan kaedah mengumpul secara manual melalui sistem SAPR.


Walau bagaimanapun Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini masih terlalu awal untuk kita perkatakan. Ianya masih di dalam proses pembaikan demi pembaikan dan mengalami meningkatkan kualiti di dalam talian. Bagi warga pendidik sewajarnya memanfaatkan secara maksimum Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini.


Berikut ialah cara-cara atau  panduan secara ringkas untuk menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Guru Kelas
2.      Akses Kod : Nama Penuh Dalam Huruf Besar
Kata Laluan : 123
Tekan butang Login
3.      Pilih jenis ujian (Contoh UJIAN 1), tekan Masuk
4.      Pada MENU GURU KELAS
Tekan ‘Murid
Kemaskini Murid’ : untuk kemaskini biodata murid, murid pindah kelas dan murid pindah sekolah (PERINGATAN: jangan HAPUSkan murid)
Kemaskini NoKp Murid: untuk membetulkan no KP murid
Tambah Murid : isikan maklumat murid baru
Daftar Murid Pindah: sekiranya terdapat murid yang pindah ke sekolah kita
Label Murid: pilih LABEL MURID dan BIASISWA
Naik Kelas: diisi sebelum sesi pelajaran yang baru, selepas selesai memproses PAT
5.      TekanPeperiksaan
Semak Key-In Markah: untuk semak markah murid yang telah dan belum diisi oleh guru subjek
Lembaran Markah: markah semua mata pelajaran murid
Analisis Pencapaian Murid: untuk semak pencapaian murid
Analisis Mata Pelajaran: untuk semak analisis MP
Slip Keputusan: untuk mencetak slip murid


Guru Mata Pelajaran/Subjek
1.      Ikut langkah 1 hingga 3 di atas
2.      Tekan MENU GURU MP
Daftar MP : Pilih Tingkatan, Kelas, Mata Pelajaran, masukkan Bil Murid Ambil dan tekan butang Hantar.
Ulang sehingga habis daftar semua tingkatan, kelas dan mata pelajaran yang diajar.
Sekiranya ingin edit bilangan murid, tekan pada paparan Klik disini untuk edit bilangan murid setiap subjek di bawah jadual pada muka surat yang sama.
Kemaskini MP: Untuk tukar kelas dan mata pelajaran yang diajar (Contoh: Ujian 1 mengajar BM 1A tetapi PPT tidak ajar lagi)
Markah Peperiksaan: Tekan pada subjek dan isikan markah (PERINGATAN: JANGAN TEKAN ENTER, gunakan mouse atau tab sahaja)
Ulang langkah yang sama untuk kelas seterusnya.
Markah TOV/ETR : Isikan TOV dan Sasaran
Tukar Katalaluan: Isikan sekiranya ingin tukar kata laluan.

·  Sila patuhi tarikh yang dimintakan oleh pihak KPM untuk pengisian markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah bagi setiap ujian dan peperiksaan.



Monday, 17 October 2011

Informasi Ibadah Haji - Informasi Fiqah

Ibadah Haji dari segi istilah dimaksudkan dengan mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Keutamaan Ibadah Haji 
  • Ibadah Haji merupakan salah satu perintah Allah yang harus dikerjakan bagi sesiapa yang mampu sekali seumur hidup.
  • Ibadah Haji juga merupakan salah satu cabang jihad pada jalan Allah (jihad fi sabillah).
  • Ibadah Haji dapat menghapuskan dosa-dosa.
  • Bagi Ibadah Haji yang mabrur, Allah janjikan syurga sebagai ganjarannya.
  • Bagi sesiapa yang mengeluarkan belanja wang ringgit untuk tujuan mengerjakan Ibadah Haji, ganjarannya serupa dengan infak fi sabillah
Hukum Ibadah Haji

Ibadah Haji wajib ke atas Muslim yang mukalaf sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya. Setiap Muslim perlu menanam keazaman untuk menunaikan Ibadah Haji dan seterusnya menyempurnakan dan melengkapkan kelima-lima tuntutan rukun Islam.

Dalil  Wajib Ibadah Haji

Allah berfirman yang bermaksud: "Mengerjakan haji ialah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa yang mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada semesta alam." 
(Surah Ali `Imran 3:97)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Islam didirikan atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syarat-Syarat Wajib Mengerjakan Ibadah Haji
  • Islam
  • Merdeka
  • Mukalaf
  • Berkuasa atau mampu:
           - Mempunyai perbelanjaan yang mencukupi untuk pergi ke Makkah dan kembali ke ke kampung   
             halamannya.
           - Meninggalkan nafkah asas yang cukup bagi orang di bawah tanggungannya.
           - Ada kenderaan dan perjalanan selamat dan aman.
           - Sihat tubuh badannya semasa melakukan Ibadah Haji
           - Ada kesempatan masa untuk menunaikan Ibadah Haji

Untuk Info Lanjut Anda Dinasihatkan Merujuk Kepada Kitab-Kitab Muktabar dan Juga Kursus Ibadah Haji

Tuesday, 4 October 2011

Download Kuliah Agama Dan Tafsir Al-Quran | Ceramah Ustaz Zahazan Mohamed | Surah Ar-Rahman

Himpunan Kuliah Agama dan Tafsir Al-Quran 

Assalamualaikum sahabat sekalian. Berita terbaik untuk semua yang dahagakan ilmu-ilmu Allah/kata-kata hikmah yang menjadi pedoman kepada. Di samping kita mengejar kemewahan dunia yang tidak seberapa ini, marilah kita bersama-sama lebihkan usaha untuk mengejar kejayaan yang lebih hakiki iaitu  kemewahan di alam akhirat.

Anda semua bolehlah Download kuliah Agama / Ceramah MP3 secara percuma di sini. 

MP3 Ceramah dan Kuliah Tafsir Ustaz Zahazan B Mohamed

Tafsir Surah Ar-Rahman

TAFSIR SURAH AR RAHMAN

001. Kuliah 23 Mac 2006
Bahagian 1

002. Kuliah 24 Mac 2006
Bahagian 2

003. Kuliah 27 Mac 2006
Bahagian 3

004. Kuliah 29 Mac 2006
Bahagian 4

005. Kuliah 30 Mac 2006
Bahagian 5

006. Kuliah 31 Mac 2006
Bahagian 6

007. Kuliah 03 April 2006
Bahagian 7

008. Kuliah 04 April 2006
Bahagian 8

009. Kuliah 05 April 2006
Bahagian 9

010. Kuliah 06 April 2006
Bahagian 10

011. Kuliah 11 April 2006
Bahagian 11

012. Kuliah 12 April 2006
Bahagian 12

013. Kuliah 13 April 2006
Bahagian 13

014. Kuliah 14 April 2006
Bahagian 14

015. Kuliah 17 April 2006
Bahagian 15

016. Kuliah 18 April 2006
Bahagian 16

017. Kuliah 19 April 2006
Bahagian 17

018. Kuliah 20 April 2006
Bahagian 18

019. Kuliah 21 April 2006
Bahagian 19

020. Kuliah 25 April 2006
Bahagian 20

021. Kuliah 26 April 2006
Bahagian 21

022. Kuliah 27 April 2006
Bahagian 22

023. Kuliah 28 April 2006
Bahagian 23

024. Kuliah 01 Mei 2006
Bahagian 24

Hadis Muslim

Add to Technorati Favorites

Panduan Destinasi